SEPSIS: PEMBAHARUAN APA

Sepsis: Pembaharuan Apa

Sepsis ataupun keracunan darah boleh digambarkan sebagai sebuah sindrom infeksi parah dengan disfungsi organ. Kemajuan yang signifikan telah dilakukan pada dekad terakhir dalam managemen pasien yang menghidapi sepsis tetapi kadar mortalitas terhadap kondisi ini tetap >25%. Para pesakit yang lanjut usia dan mereka yang mempunyai kondisi medis yang sedia ada, kadar mortalitas adalah 50% atau lebih. Oleh itu, penyebab infeksi sepsis adalah pelbagai-bagai dan awal infeksi boleh menyebabkan kondisi pasien semakin tenat yang disebutkan sebagai sepsis.

Deteksi awal dan pengobatan tepat ialah sangat penting untuk mencegah infeksi daripada berlarutan hingga menjadi sepsis. Rawatan awal serta terapi antibiotik yang tepat adalah mustahak tetapi walau bagaimanapun, ada kodisi pesakit yang terus memburuk yang memerlukan managemne yang lebih agresif seperti pindah rawatan ke unit rawatan kritikal (ICU), ubat pengawal tekanan darah dan intervensi untuk merawat disfungsi organ seperti ventilasi mekanis, rawatan dialisis dan lain-lainnya. Sumber infeksi haruslah diketahui secepat mungkin supaya, “source control” infeksi boleh dirawat dengan intervensi tambahan seperti drainase dari sumber infeksi menggunakan rawatan radiologikal atau pembedahan. Kebanyakan peningkatan dalam rawatan sepsis memerlukan perhatian cermat dan beri perobatan ke pesakit-pesakit yang dalam keadaan kritikal. Kumpulan perawat dan doktor yang perlu bekerjasama menggunakan kepakaran masing-masing adalah sangat penting ketika menjaga pasien yang menghidapi sepsis.

“Ubat khas merawat sepsis” telah dikaji selama bertahun-tahun dan kenyataan pahit bahawa tiada ubat atau rawatan yang boleh digunakan untuk selamanya dan tiada satu pun yang termasuk dalam rawatan rutin medikal. Fokus utama dari ubat-ubatan sepsis adalah untuk ‘control’ respon pembengkakan disebabkan sepsis dan menyebabkan disfungsi organ. Kegagalan untuk mencari sesebuah “ubat ajaib” yang boleh mengobati semua penyakit sepsis membuktikan banyak lagi kajian harus dilakukan. Kajian sering dibuat untuk mendapatkan ubat baru untuk penyakit ini.

Walaupun sesebuah obat telah ditemukan yang boleh mengubah kadar kematian yang berpunca dari sepsis, cara menangani sepsis masih memerlukan
1. Deteksi dan rawatan awal antibiotik yang tepat
2. Managemen dan dukungan sokongan organ
3. Mencari “source control” infeksi (jika boleh)

Baru-baru ini, peningkatan bahawa makin ramai pasien tahu bahawa walaupun mereka sembuh dari episode sepsis, morbiditas seperti otot ‘wastage’, kekurungan gizi dan isu fisiologikal masih menjadi masalah jangka panjang.